Perbezaaan dari segi pembahagian duit pesara kepada ahli pewaris

Jika arwah pergi dan meninggalkan sejumlah harta didalam akaun KWSP, ia menjadi tugas ahli pewaris atau penama akaun KWSP (jika diletak sewaktu arwah hidup) untuk menguruskan harta itu dengan amanah dan bertanggungjawap.

Perkara utama yang harus dilakukan oleh ahli pewaris (penama) setelah berjaya mencairkan duit dari akaun KWSP adalah dengan menyelesaikan dahulu segala hutang tertunggak yang dimiliki oleh arwah yang diketahui. Ini adalah langkah yang harus dilaksanakan oleh ahli pewaris setelah urusan pengebumian jenazah selesai.

Masalah yang sering timbul dalam masyarakat kita sekarang bersangka bahawa duit pencen yang ditinggalkan oleh arwah harus terus dibahagikan terus pada ahli pewaris mengikut kaedah faraid tanpa menyelesaikan dahulu hutang-piutang si arwah. Jika dapati tiada hutang, maka proses pembahagian menerusi faraid baru boleh dilakukan. Terdapat juga senario lebih buruk, dimana penama KWSP selaku pentadbir atau dipanggil wasi membolot segala duit pusaka tersebut tanpa menyelesaikan dahulu hutang si arwah atau lebihan (setelah tolak hutang) tidak dibahagikan mengikut kaedah Faraid kepada ahli pewaris yang berhak.

Borang Penama KWSP

Jika seseorang individu sewaktu hidup memilih untuk menyimpan duit pencen didalam AIA Retirement Account (ARA)  disamping KWSP, masalah pewaris membolot segala duit pencen tidak timbul kerana kaedah pembahagian harta tersebut adalah mengikut kaedah syarak, iaitu Hibah. Penama didalam borang ARA diletakkan sebagai penerima Hibah jikalau pemegang akaun tersebut meninggal dunia kelak. Hibah ini bererti pemegang akaun memberikan penama hibah sebagai Hadiah.

Borang Penama Hibah didalam AIA Retirement Account