Tag Archives: usaha

Wasiat

Sudahkah kita sediakan hibah takaful ataupun tinggalkan wasiat untuk ahli keluarga kita sebelum kita pergi dari dunia ini selamanya? Kematian itu tiba tidak kira samada kita sudah bersedia atau belum..tetapi sebaiknya sementara peluang masih ada kita rancang untuk kita tinggalkan dalam keadaan ‘terancang dan teratur’ itu lebih baik insha Allah.

Kenapa perlu sediakan wasiat dari sekarang?

Antara sebab-sebabny adalah Hak penjagaan anak.
Terutama bagi mereka yang masih mempunyai tanggungan dan anak-anak kecil, antara perkara yang terkandung dalam wasiat adalah HAK PENJAGAAN ANAK jika berlaku kematian serentak pada ibubapa. Sewaktu kita sebagai makayah hidup, elok kita tulis siap-siap didalam wasiat siapakah orang yang layak samada ahli keluarga atau kenalan yang kita percayai mampu menguruskan anak-anak kita kelak jika berlaku kematian serentak pada ibubapa. Ini bagi merancang dan memastikan kebajikan anak-anak kita terpelihara kelak insha Allah dan dapat menjaga keharmonian antara pewaris kita dan penjaga.

Faktor dari sumber mana kewangan  bagi menjaga kebajikan anak-anak kita juga perlu kita letakkan didalam wasiat supaya jika ia berlaku kelak, ia tidak membebankan kewangan penjaga anak kita. Perkara ini sesangat penting demi memastikan kebajikan anak-anak kita dari segi persekolahannya, pakaian, makanan dan perbelanjaan kehidupan seharian dapat diberi dengan baik insha Allah.
Persoalannya, apakah aset-aset kita miliki sekarang mampu dicairkan dalam waktu yang singkat? Berapa lamakah aset ataupun wang kita didalam bank akaun yang dibekukan selepas pemergian seseorang itu dapat dicairkan?

Apa sahaja usaha yang kita lakukan ini sewaktu kita hidup adalah untuk menyediakan sebaik mungkin buat ahli pewaris dan sudah pasti selebihnya kita tawaqal pada Allah swt.

 

Ilmu sebahagian dari rezeki

Alhamdulillah semalam agensi kami terima tetamu Tuan Hadi, AIA Takaful Trainer dan DOA untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman beliau kepada kami.

Didalam kami sentiasa dahagakan ilmu dan idea-idea baru, Tuan Hadi datang kongsikan beberapa idea baru terutamanya didalam skop perlindungan kewangan, idea bagaimana untuk mengurus dan selesaikan harta takaful dengan menggunakan instrumen takaful hibah sebagai jalan penyelesaian. Pada masa sama beliau juga kongsikan idea bagaimana untuk seseorang atau pasangan suamisteri dalam melindungi antara asset mereka terpenting iaitu rumah mereka miliki. Walaupun saya sendiri sudah pelajari dan praktikan ilmu-ilmu ini, tetapi didalam perkongsian setiap orang yang berlainan, pasti kita akan belajar dan tangkap sesuatu idea yang baru yang boleh dipraktikan dalam kerja seharian kita.

Sikap yang kita harus miliki dalam mencari ilmu atau menaiktaraf ilmu yang sedia ada pada kita, kita perlu amalkan sikap fikiran terbuka walaupun kita dah pernah belajar dan tahu tentang sesuatu ilmu itu, tetapi pasti kita jumpa idea-idea baru yang boleh ditambah dalam diri kita. Bak kata pepatah orang putih “ Learn, Unlearn and Relearn”

Semoga setiap teamembers yang hadir semalam dapat manfaat dari ilmu-ilmu yang dikongsi oleh Tuan Hadi insha Allah

Minat dan kesungguhan

Didalam apa sahaja kita lakukan, perlu ada minat. Dan didalam kerjaya saya sebagai seorang financial practitioner / insuran agent dan sebagai seorang agency leader, minat itu sangat penting jika hendak pergi berjaya. Minat untuk berjumpa orang dalam berkongsi ilmu kewangan itu perlu ada didalam kerjaya ini.

Disamping kerjaya, saya juga mempunyai minat dalam bercucuk tanam dengan disekitar halaman rumah.


Pucuk ubi ditanam didalam pasu

Anak buah tomato

Apabila ada minat, insha Allah segala usaha dan penat lelah setelah melihat hasilnya pasti akan membuat kita tersenyum. Dan lebih baik apabila hasil dari minat dan usaha kita ini dapat dikongsikan dengan ramai orang.

Cari apa perkara yang kita berminat lakukan dan lakukan dengan bersungguh-sunguh! Insha Allah. Jika berminat untuk menceburkan diri didalam industri kewangan insuran dan takaful, bolehlah klik laman ini AIA Elite Academy