Tag Archives: jutawan

Gembirakan ahli keluarga

Didalam surah Alquran, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa seperti didalam ayat ini

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Israa’, ayat 23)

Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah Allah kurniakan kepada kita, ada sebahagian dari rezeki tersebut diberikan hak kepada orang lain, terutamanya ahli keluarga kita yang memerlukan.

Didalam perkongsian saya kali ini, saya hendak kongsikan kisah bagaimana rezeki dari usaha beterusan kerjaya agent AIA insuran dan takaful  dapat mengembirakan orang lain.

Sasha merupakan ejen insuran takaful sepenuh masa bersama AIA dan AIA Public Takaful. Alhamdulillah sepanjang kerjaya ini beliau telah berjaya  mengecapi kejayaan sebagai MDRT di bawah kepimpinan agensi Ridz One Group. Hasil dari pendapatan yang di jana sebagai perancang Takaful, Sasha berjaya merialisasi impiannya membahagiakan ibu bapa dengan menghadiahkan sebuah kereta baru, berjenama Honda. Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur pada nikmat Allah berikan, diwaktu ibubapa kita masih hidup, sebagai anak berpeluang untuk membahagiakan kedua ibubapa adalah impian setiap orang anak untuk membalas jasa mereka membesarkan kita.

Kerjaya ini disamping kita menolong orang untuk membantu dalam perancangan kewangan mereka, ia mempunyai banyak manfaat dalam mengejar kebaikan. Seringkali kita sebagai seorang Islam mendengar “Marilah menuju kejayaan” 5 kali sehari, maka selagi ada peluang untuk kita lakukan kebaikan demi saham akhirat kita, maka haruslah kita percepatkan dengan harapan usaha kita itu dikira sebagai amalan ibadah dan diterima oleh Allah swt. Ini hanyalah salah satu contoh jika kita berkemampuan untuk lakukan, selain dari contoh ini, terdapat banyak lagi manfaat didalam kerjaya ini seperti peluang kebebasan masa untuk bersama keluarga demi membahagiakan mereka insha Allah.

Bagi para pembaca yang berminat untuk menyertai ini, boleh klik link ini.
https://ridzuanhafiz.com/aiaeliteacademy/

 

 

Minat dan kesungguhan

Didalam apa sahaja kita lakukan, perlu ada minat. Dan didalam kerjaya saya sebagai seorang financial practitioner / insuran agent dan sebagai seorang agency leader, minat itu sangat penting jika hendak pergi berjaya. Minat untuk berjumpa orang dalam berkongsi ilmu kewangan itu perlu ada didalam kerjaya ini.

Disamping kerjaya, saya juga mempunyai minat dalam bercucuk tanam dengan disekitar halaman rumah.


Pucuk ubi ditanam didalam pasu

Anak buah tomato

Apabila ada minat, insha Allah segala usaha dan penat lelah setelah melihat hasilnya pasti akan membuat kita tersenyum. Dan lebih baik apabila hasil dari minat dan usaha kita ini dapat dikongsikan dengan ramai orang.

Cari apa perkara yang kita berminat lakukan dan lakukan dengan bersungguh-sunguh! Insha Allah. Jika berminat untuk menceburkan diri didalam industri kewangan insuran dan takaful, bolehlah klik laman ini AIA Elite Academy