Tag Archives: belajar

Ilmu sebahagian dari rezeki

Alhamdulillah semalam agensi kami terima tetamu Tuan Hadi, AIA Takaful Trainer dan DOA untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman beliau kepada kami.

Didalam kami sentiasa dahagakan ilmu dan idea-idea baru, Tuan Hadi datang kongsikan beberapa idea baru terutamanya didalam skop perlindungan kewangan, idea bagaimana untuk mengurus dan selesaikan harta takaful dengan menggunakan instrumen takaful hibah sebagai jalan penyelesaian. Pada masa sama beliau juga kongsikan idea bagaimana untuk seseorang atau pasangan suamisteri dalam melindungi antara asset mereka terpenting iaitu rumah mereka miliki. Walaupun saya sendiri sudah pelajari dan praktikan ilmu-ilmu ini, tetapi didalam perkongsian setiap orang yang berlainan, pasti kita akan belajar dan tangkap sesuatu idea yang baru yang boleh dipraktikan dalam kerja seharian kita.

Sikap yang kita harus miliki dalam mencari ilmu atau menaiktaraf ilmu yang sedia ada pada kita, kita perlu amalkan sikap fikiran terbuka walaupun kita dah pernah belajar dan tahu tentang sesuatu ilmu itu, tetapi pasti kita jumpa idea-idea baru yang boleh ditambah dalam diri kita. Bak kata pepatah orang putih “ Learn, Unlearn and Relearn”

Semoga setiap teamembers yang hadir semalam dapat manfaat dari ilmu-ilmu yang dikongsi oleh Tuan Hadi insha Allah