Tag Archives: AIA Takaful

Biar tak untung tapi tak rugi

Medical & saving

“Tak untung simpan kat takaful..baik simpan kat bank je!”

Pertama sekali saya hendak ingatkan Takaful bukanlah alat kewangan untuk anda buat keuntungan darinya..kata lain you can never make profit with takaful.

TETAPI!!

Takaful adalah alat kewangan yang minimakan kerugian kewangan anda jika berlaku musibah.

Orang kata “biar tak untung tapi TAK RUGI”

Ini contoh client saya sendiri dah merasai manfaat takaful apabila claim hospital medical nya dah mencecah 6 angka keseluruhannya dari awal beliau mencarum sehingga sekarang dan yang terbaru claimnya sahaja RM22,000++ pada masa sama, beliau juga berpeluang membuat pengeluaran dari akaun simpanannya berjumlah RM15,000 tunai untuk keguaannya yang telah lama berkumpul sedikit demi sedikit.

Dengan hanya sumbangan RMXXX sebulan, inilah yang dikatakan ‘rugi’ bagi sesetengah pihak pada masa sama client saya ini merasai ‘keuntungan’ mencarum dengan AIA Public Takaful.

Jika kita faham dengan jelas setiap fungsi alat kewangan yang terdapat di pasaran, maka tiada dipengaruhi istilah ‘rugi’ di masa akan datang insha Allah.

Ridzuan Hafiz
Agency Manager

012-6796379
www.ridzuanhafiz.com

#RidzOneGroup

Gembirakan ahli keluarga

Didalam surah Alquran, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa seperti didalam ayat ini

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Israa’, ayat 23)

Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah Allah kurniakan kepada kita, ada sebahagian dari rezeki tersebut diberikan hak kepada orang lain, terutamanya ahli keluarga kita yang memerlukan.

Didalam perkongsian saya kali ini, saya hendak kongsikan kisah bagaimana rezeki dari usaha beterusan kerjaya agent AIA insuran dan takaful  dapat mengembirakan orang lain.

Sasha merupakan ejen insuran takaful sepenuh masa bersama AIA dan AIA Public Takaful. Alhamdulillah sepanjang kerjaya ini beliau telah berjaya  mengecapi kejayaan sebagai MDRT di bawah kepimpinan agensi Ridz One Group. Hasil dari pendapatan yang di jana sebagai perancang Takaful, Sasha berjaya merialisasi impiannya membahagiakan ibu bapa dengan menghadiahkan sebuah kereta baru, berjenama Honda. Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur pada nikmat Allah berikan, diwaktu ibubapa kita masih hidup, sebagai anak berpeluang untuk membahagiakan kedua ibubapa adalah impian setiap orang anak untuk membalas jasa mereka membesarkan kita.

Kerjaya ini disamping kita menolong orang untuk membantu dalam perancangan kewangan mereka, ia mempunyai banyak manfaat dalam mengejar kebaikan. Seringkali kita sebagai seorang Islam mendengar “Marilah menuju kejayaan” 5 kali sehari, maka selagi ada peluang untuk kita lakukan kebaikan demi saham akhirat kita, maka haruslah kita percepatkan dengan harapan usaha kita itu dikira sebagai amalan ibadah dan diterima oleh Allah swt. Ini hanyalah salah satu contoh jika kita berkemampuan untuk lakukan, selain dari contoh ini, terdapat banyak lagi manfaat didalam kerjaya ini seperti peluang kebebasan masa untuk bersama keluarga demi membahagiakan mereka insha Allah.

Bagi para pembaca yang berminat untuk menyertai ini, boleh klik link ini.
https://ridzuanhafiz.com/aiaeliteacademy/

 

 

Wasiat

Sudahkah kita sediakan hibah takaful ataupun tinggalkan wasiat untuk ahli keluarga kita sebelum kita pergi dari dunia ini selamanya? Kematian itu tiba tidak kira samada kita sudah bersedia atau belum..tetapi sebaiknya sementara peluang masih ada kita rancang untuk kita tinggalkan dalam keadaan ‘terancang dan teratur’ itu lebih baik insha Allah.

Kenapa perlu sediakan wasiat dari sekarang?

Antara sebab-sebabny adalah Hak penjagaan anak.
Terutama bagi mereka yang masih mempunyai tanggungan dan anak-anak kecil, antara perkara yang terkandung dalam wasiat adalah HAK PENJAGAAN ANAK jika berlaku kematian serentak pada ibubapa. Sewaktu kita sebagai makayah hidup, elok kita tulis siap-siap didalam wasiat siapakah orang yang layak samada ahli keluarga atau kenalan yang kita percayai mampu menguruskan anak-anak kita kelak jika berlaku kematian serentak pada ibubapa. Ini bagi merancang dan memastikan kebajikan anak-anak kita terpelihara kelak insha Allah dan dapat menjaga keharmonian antara pewaris kita dan penjaga.

Faktor dari sumber mana kewangan  bagi menjaga kebajikan anak-anak kita juga perlu kita letakkan didalam wasiat supaya jika ia berlaku kelak, ia tidak membebankan kewangan penjaga anak kita. Perkara ini sesangat penting demi memastikan kebajikan anak-anak kita dari segi persekolahannya, pakaian, makanan dan perbelanjaan kehidupan seharian dapat diberi dengan baik insha Allah.
Persoalannya, apakah aset-aset kita miliki sekarang mampu dicairkan dalam waktu yang singkat? Berapa lamakah aset ataupun wang kita didalam bank akaun yang dibekukan selepas pemergian seseorang itu dapat dicairkan?

Apa sahaja usaha yang kita lakukan ini sewaktu kita hidup adalah untuk menyediakan sebaik mungkin buat ahli pewaris dan sudah pasti selebihnya kita tawaqal pada Allah swt.

 

Retirement

Retirement adalah satu isu yang besar jika tidak merancang awal. Dari segi kesihatan, ramai orang sekarang sedar akan pentingnya hidup sihat dan seimbang. Persoalannya apa akan berlaku jika seseorang itu hidup lebih lama dari kadar umur purata? Faktor kesihatan, faktor mengimbangi gaya hidup, jumlah simpanan yang terkumpul untuk meneruskan hidup di alam retirement. Adakah anda sudah bersedia merancang retirement fund untuk tempohi alam retirement jika diberi umur panjang?

Di AIA, kami menyediakan tabung persaraan bagi ingin merancang retirement dari sekarang. Dengan tempoh komitmen simpanan jangka pendek tetapi memperoheli manfaat jangka panjang, insha Allah ia dapat membantu seseorang menyediakan tabung persaraannya dari sekarang. Dan ia juga dilengkapi dengan penama hibah.

 

Minat dan kesungguhan

Didalam apa sahaja kita lakukan, perlu ada minat. Dan didalam kerjaya saya sebagai seorang financial practitioner / insuran agent dan sebagai seorang agency leader, minat itu sangat penting jika hendak pergi berjaya. Minat untuk berjumpa orang dalam berkongsi ilmu kewangan itu perlu ada didalam kerjaya ini.

Disamping kerjaya, saya juga mempunyai minat dalam bercucuk tanam dengan disekitar halaman rumah.


Pucuk ubi ditanam didalam pasu

Anak buah tomato

Apabila ada minat, insha Allah segala usaha dan penat lelah setelah melihat hasilnya pasti akan membuat kita tersenyum. Dan lebih baik apabila hasil dari minat dan usaha kita ini dapat dikongsikan dengan ramai orang.

Cari apa perkara yang kita berminat lakukan dan lakukan dengan bersungguh-sunguh! Insha Allah. Jika berminat untuk menceburkan diri didalam industri kewangan insuran dan takaful, bolehlah klik laman ini AIA Elite Academy

Manfaat kerjaya sekarang vs AIA Elite Academy

Apakah 5 perkara utama anda cari dalam sesuatu pekerjaan? Cuba senaraikan dan adakah perkara and cari itu ada dalam pekerjaan anda sekarang?

Di AIA Elite Academy, sebagai seorang #Fulltime Life Planner, kemungkinan peluang yang anda cari selama ini berada disini. Antaranya :


1. Peluang menaikkan pendapatan setiap bulan dan setiap tahun tanpa perlu merayu pada bos atau sesiapa pun.

2. Peluang untuk menambah kenalan baru dan bergaul setiap hari bersama orang-orang berjaya didalm industri ataupun diluar industri. Ia adalah peluang untuk kembangkan network anda sedia ada.

3. Peluang untuk pergi bercuti luar negara setiap tahun dengan tidak perlu keluarkan sebarang kos untuk tiket penerbangan, menetap di hotel 4-5 bintang, tempat pelancongan world class standard, makanan di restoran luxury seperti michellin standard restaurant.

4. Peluang untuk kenaikan pangkat tanpa perlu tunggu sesiapa pun diatas letak jawatan atau mengisi jawatan kosong.

5. Peluang untuk diiktiraf sebagai World Class Financial Practitioner dengan mencapai pengiktirafan antarabangsa sebagai seorang MDRT.

6. Dan bermacam-macam lagi kebaikan. 

Soalannya..anda terdapat benefit ini dalam kerjaya anda sedia ada dan adakah anda mahu ‘benefit’ sebegini dimasa akan datang? 

Klik laman web ini dan lihat peluang yang kami berikan.

https://ridzuanhafiz.com/aiaeliteacademy/

 

 

Followup Doctor

“Alhamdulillah AIA bayar penuh bill hospital saya. En Ridzuan, lepas ni saya ada followup dengan doktor di hospital, adakah AIA cover juga?” Tanya seorang pelanggan kepada saya.

YES! AIA Medical juga cover untuk sebarang followup dengan doktor yang sama di hospital yang sama. Didalam AIA medical card, manfaat untuk post-hospitalization benefit adalah sehingga 120 hari bersamaan 4 bulan. Lama tu!


BERAPA JUMLAH SAYA BOLEH CLAIM UNTUK FOLLOWUP?

Manfaat limit tahunan AIA medical card anda adalah jumlah yang boleh dituntut semula untuk followup claim. Dengan penambahan AIA Med Booster, limit tahunan boleh mencecah RM1.5million setahun! Cukup ke cukup tu? 😉

Untuk next posting, saya akan kongsikan bagaimana AIA Medical Card juga customer boleh guna pakai walaupun tak masuk wad!

Untuk melihat manfaat AIA medical card, boleh klik sini