Followup Doctor

“Alhamdulillah AIA bayar penuh bill hospital saya. En Ridzuan, lepas ni saya ada followup dengan doktor di hospital, adakah AIA cover juga?” Tanya seorang pelanggan kepada saya.

YES! AIA Medical juga cover untuk sebarang followup dengan doktor yang sama di hospital yang sama. Didalam AIA medical card, manfaat untuk post-hospitalization benefit adalah sehingga 120 hari bersamaan 4 bulan. Lama tu!


BERAPA JUMLAH SAYA BOLEH CLAIM UNTUK FOLLOWUP?

Manfaat limit tahunan AIA medical card anda adalah jumlah yang boleh dituntut semula untuk followup claim. Dengan penambahan AIA Med Booster, limit tahunan boleh mencecah RM1.5million setahun! Cukup ke cukup tu? 😉

Untuk next posting, saya akan kongsikan bagaimana AIA Medical Card juga customer boleh guna pakai walaupun tak masuk wad!

Untuk melihat manfaat AIA medical card, boleh klik sini

Ujian

Tiada manusia diatas mukabumi Allah ini yang tidak pernah diuji? Saya juga diuji dengan bermacam-macam ujian Allah berikan sepanjang perjalanan didalam karier dan kehidupan saya. Macamana cara nak hadapi ujian tersebut? Kita bersangka baik dengan Allah dan percaya ujian tersebut membuatkan kita lebih matang dan lebih kuat dan untuk menjadikan kita lebih dekat sebagai hamba Allah.

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

Surah At-Taubah : 16

Lihat ujian itu disudut yang positif. Insha Allah bagaimana hebat ujian kita hadapi sekarang ini, ia tidaklah sehebat kekasih Allah swt , Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan syiar Islam.

Nasihat saya? TERUSKAN

Guardian Allowance – AIA Medical Card

Pernah tak sebagai makayah apabila anak kecil kita masuk wad hospital, makayah yang menemani anak kecil tersebut terpaksa turun pergi beli makanan sedangkan sesetengah hospital mempunyai ‘in-room’ servis untuk menghantar makanan kepada penjaga tanpa perlu lari sekejap pergi beli makanan.

” Dengan manfaat Guardian Benefit AIA berikan, saya sebagai ibu yang menemani anak kecil tidak perlu lari atau jauh dari dia berseorangan di wad ataupun kehulu-hilir mendukung anak untuk membeli makanan”

Puan Syarifah, Shah Alam

Inilah antara manfaat yang diperolehi didalam AIA Medical Card apabila anak kecil tersebut ditemani oleh makayah atau penjaga, penjaga atau makayah boleh order makanan dari bilik ‘in-room’ servis dan AIA berikan Guardian Allowance sehari untuk makanan tambahan mahupun katil tambahan.

Setiap jumlah manfaat seharian berbeza bergantung dengan pelan AIA medical card yang anda ambil. Disini adalah senarai pelan didalam AIA Medical Card

Selamat Datang

Assalammualaikum dan Selamat Datang,

Utama sekali saya ingin mengucapkan jutaan Terimakasih pada para pengungjung kerana sudi meluangkan masa untuk melawat ke blog saya.

Alhamdulillah syukur pada Allah sw.t yang telah memberi kita semua rezeki yang melimpah ruah dan peluang untuk kita terus beribadah padaNya untuk menjadi hamba yang taat pada perintah dan laranganNya Insha Allah.

Sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful yang berpengalaman melebihi sedekad usia didalam industri ini dan juga sebagai seorang Pengurus Agensi di AIA Public Takaful sejak awal 2014, saya berbesar hati untuk berkongsi ilmu serba sedikit yang diperolehi mengenai perancangan kewangan melalui alat takaful dan juga berkongsi dan membuka peluang kerjaya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful bersama AIA Public Takaful dengan para pengungjung sekalian.

Alhamdulillah, Ilmu yang dipinjamkan sementara oleh Allah pada saya telahpun saya kongsikan dengan ramai individu di serata Malaysia dan sebahagian besarnya memprolehi manfaat hasil dari perkongsian ilmu sejak mula berjumpa dengan saya dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan dalam merancang kewangan demi masa hadapan

Setiap individu mempunyai latarbelakang dan gayahidup yang berbeza, maka peranan dan tugas saya sebagai seorang perancangan kewangan takaful adalah menyesuaikan dalam memberi khidmat nasihat dan ‘solution’ pada setiap individu tersebut. Setiap masalah dan keperluan yang dibincangkan akan diberikan ‘solution’ yang tepat dan adil pada individu tersebut dengan mengambil kira keperluan semasa dan situasi kewangan individu tersebut. Ini bagi memastikan keputusan dalam membuat tindakan akan menghasilkan sesuatu keputusan dan hasil yang positif untuk jangka panjang dalam merancang kewangan individu mahupun ahli keluarga tersebut.

Dari sudut karier sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful pula, tugas saya adalah melatih dan berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperolehi dengan individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini sebagai Usahawan Takaful  supaya dapat membentuk seorang Perancang Kewangan Takaful yang berkualiti dalam memberi khidmat dan nasihat yang berkualiti pada para pelanggan diluar sana.

Alhamdulillah syukur pada Allah apabila berjaya dalam mendidik dan melihat sebahagian anak bangsa dan agama berjaya dalam bidang ini sebagai seorang Usahawan Takaful dan berjaya menaiki anak tangga lebih tinggi dalam merubah diri mereka sendiri.

Insha Allah jika para pengunjung mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perancangan kewangan Takaful mahupun berminat untuk menceburkan diri didalam bidang ini, bolehlah hubungi saya terus.

Dan jangan lupa untuk tekan button share untuk kongsikan artikel-artikel saya untuk manfaat kenalan anda.
Sekian sahaja daripada saya.

 

Ridzuan Hafiz Bin Samsar Kamar
Pengurus Agensi, Perancang Kewangan