All posts by Ridzuan Hafiz

About Ridzuan Hafiz

Entrepreneur, Financial Life Advisor , Agency Leader

Biar tak untung tapi tak rugi

Medical & saving

“Tak untung simpan kat takaful..baik simpan kat bank je!”

Pertama sekali saya hendak ingatkan Takaful bukanlah alat kewangan untuk anda buat keuntungan darinya..kata lain you can never make profit with takaful.

TETAPI!!

Takaful adalah alat kewangan yang minimakan kerugian kewangan anda jika berlaku musibah.

Orang kata “biar tak untung tapi TAK RUGI”

Ini contoh client saya sendiri dah merasai manfaat takaful apabila claim hospital medical nya dah mencecah 6 angka keseluruhannya dari awal beliau mencarum sehingga sekarang dan yang terbaru claimnya sahaja RM22,000++ pada masa sama, beliau juga berpeluang membuat pengeluaran dari akaun simpanannya berjumlah RM15,000 tunai untuk keguaannya yang telah lama berkumpul sedikit demi sedikit.

Dengan hanya sumbangan RMXXX sebulan, inilah yang dikatakan ‘rugi’ bagi sesetengah pihak pada masa sama client saya ini merasai ‘keuntungan’ mencarum dengan AIA Public Takaful.

Jika kita faham dengan jelas setiap fungsi alat kewangan yang terdapat di pasaran, maka tiada dipengaruhi istilah ‘rugi’ di masa akan datang insha Allah.

Ridzuan Hafiz
Agency Manager

012-6796379
www.ridzuanhafiz.com

#RidzOneGroup

Gembirakan ahli keluarga

Didalam surah Alquran, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa seperti didalam ayat ini

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Israa’, ayat 23)

Alhamdulillah dengan rezeki yang melimpah Allah kurniakan kepada kita, ada sebahagian dari rezeki tersebut diberikan hak kepada orang lain, terutamanya ahli keluarga kita yang memerlukan.

Didalam perkongsian saya kali ini, saya hendak kongsikan kisah bagaimana rezeki dari usaha beterusan kerjaya agent AIA insuran dan takaful  dapat mengembirakan orang lain.

Sasha merupakan ejen insuran takaful sepenuh masa bersama AIA dan AIA Public Takaful. Alhamdulillah sepanjang kerjaya ini beliau telah berjaya  mengecapi kejayaan sebagai MDRT di bawah kepimpinan agensi Ridz One Group. Hasil dari pendapatan yang di jana sebagai perancang Takaful, Sasha berjaya merialisasi impiannya membahagiakan ibu bapa dengan menghadiahkan sebuah kereta baru, berjenama Honda. Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur pada nikmat Allah berikan, diwaktu ibubapa kita masih hidup, sebagai anak berpeluang untuk membahagiakan kedua ibubapa adalah impian setiap orang anak untuk membalas jasa mereka membesarkan kita.

Kerjaya ini disamping kita menolong orang untuk membantu dalam perancangan kewangan mereka, ia mempunyai banyak manfaat dalam mengejar kebaikan. Seringkali kita sebagai seorang Islam mendengar “Marilah menuju kejayaan” 5 kali sehari, maka selagi ada peluang untuk kita lakukan kebaikan demi saham akhirat kita, maka haruslah kita percepatkan dengan harapan usaha kita itu dikira sebagai amalan ibadah dan diterima oleh Allah swt. Ini hanyalah salah satu contoh jika kita berkemampuan untuk lakukan, selain dari contoh ini, terdapat banyak lagi manfaat didalam kerjaya ini seperti peluang kebebasan masa untuk bersama keluarga demi membahagiakan mereka insha Allah.

Bagi para pembaca yang berminat untuk menyertai ini, boleh klik link ini.
https://ridzuanhafiz.com/aiaeliteacademy/

 

 

Wasiat

Sudahkah kita sediakan hibah takaful ataupun tinggalkan wasiat untuk ahli keluarga kita sebelum kita pergi dari dunia ini selamanya? Kematian itu tiba tidak kira samada kita sudah bersedia atau belum..tetapi sebaiknya sementara peluang masih ada kita rancang untuk kita tinggalkan dalam keadaan ‘terancang dan teratur’ itu lebih baik insha Allah.

Kenapa perlu sediakan wasiat dari sekarang?

Antara sebab-sebabny adalah Hak penjagaan anak.
Terutama bagi mereka yang masih mempunyai tanggungan dan anak-anak kecil, antara perkara yang terkandung dalam wasiat adalah HAK PENJAGAAN ANAK jika berlaku kematian serentak pada ibubapa. Sewaktu kita sebagai makayah hidup, elok kita tulis siap-siap didalam wasiat siapakah orang yang layak samada ahli keluarga atau kenalan yang kita percayai mampu menguruskan anak-anak kita kelak jika berlaku kematian serentak pada ibubapa. Ini bagi merancang dan memastikan kebajikan anak-anak kita terpelihara kelak insha Allah dan dapat menjaga keharmonian antara pewaris kita dan penjaga.

Faktor dari sumber mana kewangan  bagi menjaga kebajikan anak-anak kita juga perlu kita letakkan didalam wasiat supaya jika ia berlaku kelak, ia tidak membebankan kewangan penjaga anak kita. Perkara ini sesangat penting demi memastikan kebajikan anak-anak kita dari segi persekolahannya, pakaian, makanan dan perbelanjaan kehidupan seharian dapat diberi dengan baik insha Allah.
Persoalannya, apakah aset-aset kita miliki sekarang mampu dicairkan dalam waktu yang singkat? Berapa lamakah aset ataupun wang kita didalam bank akaun yang dibekukan selepas pemergian seseorang itu dapat dicairkan?

Apa sahaja usaha yang kita lakukan ini sewaktu kita hidup adalah untuk menyediakan sebaik mungkin buat ahli pewaris dan sudah pasti selebihnya kita tawaqal pada Allah swt.

 

Retirement

Retirement adalah satu isu yang besar jika tidak merancang awal. Dari segi kesihatan, ramai orang sekarang sedar akan pentingnya hidup sihat dan seimbang. Persoalannya apa akan berlaku jika seseorang itu hidup lebih lama dari kadar umur purata? Faktor kesihatan, faktor mengimbangi gaya hidup, jumlah simpanan yang terkumpul untuk meneruskan hidup di alam retirement. Adakah anda sudah bersedia merancang retirement fund untuk tempohi alam retirement jika diberi umur panjang?

Di AIA, kami menyediakan tabung persaraan bagi ingin merancang retirement dari sekarang. Dengan tempoh komitmen simpanan jangka pendek tetapi memperoheli manfaat jangka panjang, insha Allah ia dapat membantu seseorang menyediakan tabung persaraannya dari sekarang. Dan ia juga dilengkapi dengan penama hibah.

 

Ilmu sebahagian dari rezeki

Alhamdulillah semalam agensi kami terima tetamu Tuan Hadi, AIA Takaful Trainer dan DOA untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman beliau kepada kami.

Didalam kami sentiasa dahagakan ilmu dan idea-idea baru, Tuan Hadi datang kongsikan beberapa idea baru terutamanya didalam skop perlindungan kewangan, idea bagaimana untuk mengurus dan selesaikan harta takaful dengan menggunakan instrumen takaful hibah sebagai jalan penyelesaian. Pada masa sama beliau juga kongsikan idea bagaimana untuk seseorang atau pasangan suamisteri dalam melindungi antara asset mereka terpenting iaitu rumah mereka miliki. Walaupun saya sendiri sudah pelajari dan praktikan ilmu-ilmu ini, tetapi didalam perkongsian setiap orang yang berlainan, pasti kita akan belajar dan tangkap sesuatu idea yang baru yang boleh dipraktikan dalam kerja seharian kita.

Sikap yang kita harus miliki dalam mencari ilmu atau menaiktaraf ilmu yang sedia ada pada kita, kita perlu amalkan sikap fikiran terbuka walaupun kita dah pernah belajar dan tahu tentang sesuatu ilmu itu, tetapi pasti kita jumpa idea-idea baru yang boleh ditambah dalam diri kita. Bak kata pepatah orang putih “ Learn, Unlearn and Relearn”

Semoga setiap teamembers yang hadir semalam dapat manfaat dari ilmu-ilmu yang dikongsi oleh Tuan Hadi insha Allah

Servis Renew Motor Insurance dan delivery roadtax

Alhamdulillah..harini salah satu aktiviti saya adalah penghantaran 2 roadtax yang telah diperbaharui  kepada regular customer kami. Servis kami sediakan memperbaharui motor insurance dan juga penghantaran cukai jalan kepada customer saya di kawasan lembah klang.

Customer tidak perlu pergi beratur di pejabat pos mahupun di JPJ untuk renew motor insurance dan roadtax. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, bukan sahaja dari segi pembaharuan kami sediakan, jika berlaku tuntutan insuran akibat kemalangan atau kecurian kereta, kami bantu untuk uruskan klaim tersebut dengan syarikat insuran tersebut dan customer tidak perlu bersusah-payah untuk berurusan dengan call-centre syarikat insuran.

Insha Allah kami memudahkan urusan customer dengan servis yang cekap, pantas dan mudah.

Unlimited Lifetime

Penting ke kad perubatan kita miliki tidak mempunyai sebarang had seumur hidup?
3 sebab utama mengapa ianya penting :

1. Untuk memberi kita jaminan bahawa medical kad kita ambil mampu digunakan pada bila-bila masa terutama sekali apabila usia kian meningkat, risiko untuk sakit tinggi.

2. Ia memberi ketenangan bahawa setiap tahun medical kad mampu digunapakai sehingga annual limit dan tidak akan kehausan dalam jangka hayat limit seumur hidup

3. Dengan tiadanya had limit seumur hidup, anda hanya perlukan satu sahaja medical card dan tidak perlu bertukar-tukar medikal kad dari syarikat yang lain dan ini penting bagi mereka yang mempunyai banyak rekod sejarah claim selepas mengambil medikal kad kad.

Untuk maklumat lanjut boleh lawat laman web ini.

www.ridzuanhafiz.com/aiamedicalcard

#RidzOneGroup

Minat dan kesungguhan

Didalam apa sahaja kita lakukan, perlu ada minat. Dan didalam kerjaya saya sebagai seorang financial practitioner / insuran agent dan sebagai seorang agency leader, minat itu sangat penting jika hendak pergi berjaya. Minat untuk berjumpa orang dalam berkongsi ilmu kewangan itu perlu ada didalam kerjaya ini.

Disamping kerjaya, saya juga mempunyai minat dalam bercucuk tanam dengan disekitar halaman rumah.


Pucuk ubi ditanam didalam pasu

Anak buah tomato

Apabila ada minat, insha Allah segala usaha dan penat lelah setelah melihat hasilnya pasti akan membuat kita tersenyum. Dan lebih baik apabila hasil dari minat dan usaha kita ini dapat dikongsikan dengan ramai orang.

Cari apa perkara yang kita berminat lakukan dan lakukan dengan bersungguh-sunguh! Insha Allah. Jika berminat untuk menceburkan diri didalam industri kewangan insuran dan takaful, bolehlah klik laman ini AIA Elite Academy

Manfaat kerjaya sekarang vs AIA Elite Academy

Apakah 5 perkara utama anda cari dalam sesuatu pekerjaan? Cuba senaraikan dan adakah perkara and cari itu ada dalam pekerjaan anda sekarang?

Di AIA Elite Academy, sebagai seorang #Fulltime Life Planner, kemungkinan peluang yang anda cari selama ini berada disini. Antaranya :


1. Peluang menaikkan pendapatan setiap bulan dan setiap tahun tanpa perlu merayu pada bos atau sesiapa pun.

2. Peluang untuk menambah kenalan baru dan bergaul setiap hari bersama orang-orang berjaya didalm industri ataupun diluar industri. Ia adalah peluang untuk kembangkan network anda sedia ada.

3. Peluang untuk pergi bercuti luar negara setiap tahun dengan tidak perlu keluarkan sebarang kos untuk tiket penerbangan, menetap di hotel 4-5 bintang, tempat pelancongan world class standard, makanan di restoran luxury seperti michellin standard restaurant.

4. Peluang untuk kenaikan pangkat tanpa perlu tunggu sesiapa pun diatas letak jawatan atau mengisi jawatan kosong.

5. Peluang untuk diiktiraf sebagai World Class Financial Practitioner dengan mencapai pengiktirafan antarabangsa sebagai seorang MDRT.

6. Dan bermacam-macam lagi kebaikan. 

Soalannya..anda terdapat benefit ini dalam kerjaya anda sedia ada dan adakah anda mahu ‘benefit’ sebegini dimasa akan datang? 

Klik laman web ini dan lihat peluang yang kami berikan.

https://ridzuanhafiz.com/aiaeliteacademy/